Thursday, September 30, 2010

CIRI-CIRI PELAJAR SLOW LEARNER


Antara ciri-ciri pelajar perkembangan lewat ialah :

  1. mempunyai rupa bentuk fizikal seperti pelajar normal - mereka boleh bertutur dengan jelas dan boleh menguruskan diri sendiri.
  2. mempunyai pencapaian ujian kecerdasan lebih sedikit berbanding dengan murid terencat akal. - jika dibandingkan dengan pelajar yang mempunyai kecerdasan sederhana, kategori pelajar slow learner agak lambat memahami konsep-konsep baru. (konsep tingkah laku/motivasi lemah)
  3. boleh meningkat kecerdasannya pada umur tertentu yang disebabkan oleh peningkatan tingkah laku/motivasi diri yang dirangsang oleh persekitaran pelajar.

Slow LEaRnEr

dEFiNiSi

Kanak-kanak slow learner (perkembangan lewat) merupakan kanak-kanak yang dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami masalah. Sebagai contohnya masalah proses pembelanjaran, rendah daya pengubahsuaian tingkah laku, kurang berkesan dalam menjalani kehidupan secara berdikari, dan kurang menjalankan kewajipan sosial sesuai dengan peringkat umur mereka.

Kanak-kanak ini tidak boleh mengikuti pelajaran di sekolah seperti pelajar normal. Perkembangan mereka terlalu lewat untuk mencapai satu objektif yang mudah. Selain itu, mereka juga kurang mempunyai daya rangsangan seperti persekitaran, pembelajaran dan sentuhan.

Hal ini juga kerana tahap umur kronologi mereka tidak sama dengan umur mental mereka. Contohnya, kanak-kanak yang berumur 12 tahun mungkin mempunyai IQ seperti kanak-kanak yang berumur 6 tahun. Walaubagaimanapun, tahap mental kanak-kanak ini adalah berbeza antara satu sama lain.